Pages

Tuesday, April 28, 2009

Sambutan Hari Buku dan Hak Hak Cipta Sedunia


Pada 25 April 2009 yang lalu , pihak sekolah di bawah kelolaan Pusat Sumber Sekolah telah berjaya menganjurkan Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2009. Pelbagai acara telah diadakan sempena sambutan tersebut.

Acara telah dimulakan dengan Pelancaran Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Sungai Pelek iaitu Puan Hjh Asriah bte Maidin.

SEKITAR MAJLIS PELANCARAN

Ucapan Pelancaran

Belon diletupkan sebagi simbolik
Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia dilancarkan

Orang kuat disebalik penganjuran majlis

sebahagian daripada murid-murid SKSP

Usai sahaja majlis pelancaran , aktiviti pertandingan mewarna Tahap 1 dan Pertandingan melukis poster Tahap 2 telah dijalankan.


SEKITAR PERTANDINGAN POSTER TAHAP 2







PERTANDINGAN MELUKIS TAHAP 1





SEKITAR PERTANDINGAN BACAAN LANCAR TAHAP 1



Inilah peserta pertama Membaca Lancar BI

Teacher Krishna & Teacher Ina ...

Peserta dok menunggu giliran nama dipanggil

SEKITAR ACARA DEWAN 
( BERCERITA BI & BM TAHAP 2 )


Wakil peserta India perempaun ... Khausylia


Pengadil yang dah kepenatan ...

Antara peserta bercerita Bahasa Inggeris...Zareena

Antara peserta yang menyerlah bakat beceritanya... Ivy

jeling...jeling , senyum..senyum

Pengadil Pertandingan Bercerita yang begitu tekun 
menunggu bila peserta akan berakhir ..

Sebahagian daripada guru SKSP ... uittt gosip apa tuh!!

Secara keseluruhannya , program ini telah berjaya menyungkil bakat murid-murid di samping meningkatkan lagi keyakinan diri murid untuk mengetengahkan diri mereka . Majlis yang bermula pada pukul 8.00 pagi ini telah tamat pada pukul 12.30 tengah hari.

Acara-acara yang telah dipertandingakan pada hari tersebut adalah:
i) Pertandingan Mewarna Tahap 1
ii) Pertandingan Melukis Poster Tahap 2
iii) Pertandingan Bacaan Lancar ( BM & BI ) Tahap 1
iv) Pertandinagn Bercerita ( BM & BI ) Tahap 2

Kerjasama dari semua guru SKSP telah menjadikan program yang dirancang ini dapat dijalankan dengan jayanya.





Saturday, April 18, 2009

PROGRAM PERKEMBANGAN STAF LATIHAN DALAM PERKHIDAMATAN ( LADAP )



Pada 10 April yang lalu pihak sekolah telah mengadakan LADAP yang pertama bagi sesi 2009. 

Tarikh  : 10 April 2009
Tempat : Makmal Sains SKSP
Masa : 3.00 - 6.00 petang
Tajuk : Sistem Analisa Peperiksaan ( SAP ) , Program Akademik Terbilang ( PATS ) dan Head Count.

Program tersebut telah berjalan dengan lancar seperti mana yang diharapkan . Penceramah jempuatan pada hari tersebut adalah Puan Mastura binti Ahmad . Beliau merupakan JU Daerah Sepang yang cukup berpengalaman dalam selok belok SAP , PATS dan Head Count. Banyak permasalah yang dapat diungkai terutama yang melibatkan Head count. 

Pihak sekolah mengucapakan jutaan terima kasih kepada beliau di atas kehadiran beliau bagi memastikan program yang telah dirancang dapat dijalankan dengan jayanya.


Puan Mastura bte Ahmad
Penceramah jemputan

Wednesday, April 15, 2009

SUKAN TAHUNAN SKSP

Pada 28 Mac 2009 yang lalu , Sukan Tahunan Sekolah SKSP telah berjaya diadakan walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintanagan dan masalah terutamanya ketika hendak menetapkan tarikh sukan tersebut . Namun demikian , dengan semangat dan kerjasama semua warga SKSP akhirnya sukan tahunan tersebut berjaya juga dijalankan. 

Biarpun diadakan secara kecil-kecilan namun kemeriahan dan semangat kesukanan begitu terserlah di kalangan  murid-murid SKSP . Sambutan dari ibu bapa jugak amat mengalakan pada hari tersebut bagi memberi semangat dan sokongan moral kepada anak-anak mereka yang mengambil bahagian.





Ikrar Kejohanan sukan dibaca


Antara acara sukaneka yang dipertandingkan


Acara sukaneka tahun 1


Olahragawan SKSP 2009
" kecik-kecik cili padi " 


Olahragawati SKSP 2009
" jangan pandang pada tubuh yang kecil "







Wajah-wajah ceria murid-murid SKSP


Warga ibu yang sporting 
" Acara ibu "


Juara Keseluruhan
Rumah Kuning



Tahniah diucapkan kepada pasukan rumah Kuning 
dan
 juga kepada guru-guru rumah kuning.

Untuk yang lain ..
Usaha lagi di tahun hadapan.

" MAJULAH SUKAN UNTUK SKSP "