Pages

Saturday, May 29, 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Pada 21 Mei 2010 ( Jumaat ) , SKSP telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Majlis telah diadakan dalam suasana yang sederhana namun meriah.





Memulakan acara sambutan pada hari tersebut , guru-guru diiringi dengan paluan kompang dari bilik guru ke dataran perhimpunan oleh pasukan kompang sekolah.



Acara pertama dalah acara pentas. Seperti biasa bacaan perutusan , nyanyian dan ikrar dipersembahkan oleh guru-guru.

Acara diteruskan dengan acara pandang. Pelbagai gelagat guru dapat dilihat menzahirkan betapa guru-guru begitu gembira pada hari tersebut.

Seterusnya , pelbagai acara dalam dewan diadakan yang disumbanagkan oleh murid2 dan juga guru2.


Sunday, May 16, 2010

TEKNIK MENJAWAB KERTAS SOALAN UPSR -2 DAN GOTONG ROYONG PERDANA

15 Mei 2010 - Program Teknik Menjawab Kertas Soalan UPST bahagian kedua telah diadakan pada hari ini. Teknik menjawab kertas soalan Sains telah disampaikan oleh Puan Jalilah bte Mohd Hanapiah. Manakala teknik menjawab kertas soalan matematik telah disampaikan oleh En Zulkifli bin Hj Mahfudz.

Sepanjang sesi ini , murid-murid telah didedahkan dengan teknik2 untuk mendapat markah dan pemberatan soalan yang sering dikemukakan dalam peperiksaan sebenar.

Penceramah Sains

Penceramah Matematik


murid-murid kyushuk mendengar penerangan


barisan guru-guru

~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selain daripada itu , saguyia yang diketahui umum , 15 Mei juga adalah hari Gotong Royong Perdana di setiap sekolah sempena sambutan hari guru tahun ini. SKSP juga tidak ketinggalan dalam menyahut arahan yang dikeluarkan . Sambutan ibu bapa , seperti biasa agak tidak memberangsangan. Namun syukur , di bawah kelolaan YDP dan AJK PIBG , aktiviti gotong royong yang dijadualkan dapat dijalankan .

Terima asih diucapkan kepada seua ibu bapa dan penjaga yang telah meluangkan masa untuk sama-sama menjayakan aktiviti yang telah dirancang.



Wednesday, May 12, 2010

TEKNIK MENJAWAB KERTAS UPSR - 1

Pada 15 Mei yang lalu , telah diadakan satu program teknik menjawab kertas UPSR . Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1230 tengah hari itu telah disertai oleh murid-murid tahun 6 dan sebahagian daripada murid-murid tahun 4 dan 5.

Slot pertama yang mengisi slot program pada hari tersebut adalah teknik menjawab kertas Bahasa Melayu Pemahaman dan juga Penulisan diikuti dengan teknik menjawab kertas Bahasa Inggeris.

Program yang diadakan ini , turut dijadikan program LADAP untuk guru-guru.

Penceramah Bahasa Malaysia


Penceramah Bahasa Inggeris


Besarlah harapan pihak sekolah agar murid2 dapat menceduk sebanyak mana ilmu dari dua sesi teknik menjawab soalan yang diadakan.

Program akan disambung pada 15 Mei untuk mata pelajaran Sains dan Matematik pula..