Saturday, May 30, 2009
SELAMAT BERCUTI
Monday, May 25, 2009
MUSIM DI KEBANYAKAN SEKOLAH
TAHNIAH .... TAHNIAH
Tuesday, May 19, 2009
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2009
Sunday, May 17, 2009
Kes pertama H1N1.... Di MALAYSIA
Kes pertama H1N1
pengarang@utusan.com.my
Seorang petugas Hospital Sungai Buloh yang berpakaian khas memeriksa ambulans dipercayai membawa mangsa disyaki menghidap influenza A (H1N1). – UTUSAN\Mohd. Saifudin Rashid |
PUTRAJAYA 15 Mei – Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan seorang pelajar menjadi penghidap pertama virus influenza A (H1N1) di negara ini.
Pelajar lelaki berusia 21 tahun yang berasal dari Lembah Klang itu dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Sungai Buloh, manakala lima ahli keluarganya dikuarantin di rumah.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang memangku tugas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Kong Cho Ha (gambar) berkata, pelajar itu baru pulang dari Amerika Syarikat pada 13 Mei lalu.
Beliau berkata, pelajar terbabit mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam serta dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada pukul 6.45 petang hari yang sama.
‘‘Pelajar itu telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan positif influenza A (H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan pada hari ini.
‘‘Dia telah diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan yang baik dan stabil,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau seterusnya memberitahu, pelajar tersebut tidak mengalami demam atau kepanasan badan semasa saringan kesihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
‘‘Seseorang pesakit yang dijangkiti selesema mungkin tidak mengalami tanda-tanda demam pada peringkat awal,” katanya.
Mengenai lima ahli keluarga pelajar yang dikuarantin di rumah, Cho Ha berkata, mereka akan dibenarkan keluar dari rumah jika tidak mempunyai tanda-tanda penyakit itu dalam tempoh tujuh hari.
‘‘Kuarantin di rumah bertujuan melihat sama ada mereka mengalami tanda-tanda penyakit itu atau dijangkiti virus influenza A,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam kenyataannya hari ini berkata, selain satu kes yang disahkan sebagai H1N1, Kementerian Kesihatan turut menerima 11 pemberitahuan mengenai kes itu semalam.
Beliau berkata, enam pesakit telah diasingkan di Hospital Sungai Buloh, dua di Hospital Tuanku Ja‘afar, Seremban dan masing-masing satu kes di Hospital Raja Permaisuri Bainon, Ipoh; Hospital Pulau Pinang dan Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bahru.
‘‘Kesemua kes menunjukkan tanda jangkitan virus influenza A dan mempunyai sejarah melawat negara yang dilanda wabak, manakala sampel klinikal mereka telah dihantar untuk ujian makmal,” katanya.
Saturday, May 16, 2009
SELAMAT HARI GURU

_______________
Selamat Hari Guru ..
Moga Keikhlasan Dalam Menabur Bakti
Mendidik Anak Bangsa Terus Berkekalan.
Sesungguhnya Kalian Penyinar Sebuah Kehidupan ..
______________________
Friday, May 15, 2009
SELAMAT HARI IBU

Buat yang masih belum tahu atau yang saja tak nak amik tahu, di Malaysia, sambutan hari ibu setiap tahun akan disambut pada hari Ahad kedua pada bulan Mei. Pada tahun ini, ianya pada hari Ahad bersamaan 10 Mei 2009.
SELAMAT HARI IBU kepada semua yang telah bergelar ibu. Tahniah tak terhingga, semoga tuhan membalas jasa dan budi baik kalian kaum ibu.
sayangilah dan hargailah ibu semasa hayatnya ada , kerana setelah dia tiada kepada siapa lagi hendak kita tagih kasih seorang ibu . Ibu tak akan dapat kita cari gantinya di dunia ini. Untuk semua sayangi ... dan hargailah ibu kita semua..