Pages

Friday, January 23, 2009

Sejarah sekolah

Sekolah Kebangsaan Sungai Pelek telah ditubuhkan pada bulan Mei, 1922. Nama asalnya ialah Sekolah Melayu Batu Lima. Bangunan Sekolah ini telah dibina secara bergotong-royong. Fizikal bangunannya kayu yang beratapkan daun nipah, berdindingkan pelupoh (dibuat dari buluh) dan berlantaikan simen tanah.



Bilangan murid yang menjadi pengasas sekolah itu ialah 23 orang. Murid-murid itu datang dari persekitaran kampong Batu 4 dan Batu 2 Sepang. Guru Besar pertamanya ialah En. A.Rawi b. Tedang.



Pada tahun 1926 di bina lagi tambahan bangunan kayu, dibuat secara bergotong royong juga. Pada tahun 1928 (23 Oktober 1928) bangunan itu telah didaftarkan oleh kerajaan menjadi ‘Government Building Reserve’ (Rujukan No. 8026, Lot 1010 seluas 3 ekar). Nama sekolah bertukar menjadi sekolah Melayu Sungai Pelek, Sepang.



Pada Januari 1942, tentera Inggeris telah menduduki sekolah tersebut dan menjadikannya sebagai Markas Gerakan Bahagian Pantai Selatan Selangor. Hanya beberapa minggu sahaja, pendaratan Jepun di Pantai Bagan Lalang menyebabkan tentera Inggeris berpindah.

Pada bulan Mei 1942 Leftenan Akimoto telah mengumpulkan semua murid sekolah dan orang-orang muda kampung untuk belajar ‘Bahasa Jepun’


Sejarah Perkembangan Sekolah



Sekolah ini telah berkembang dari semasa ke semasa sejak di tubuhkan. Pada Januari 1952 murid-murid dari Sekolah Melayu Bagan Lalang yang ditutup dipindahkan ke Sekolah Melayu Sungai Pelek . Sekolah tersebut ditutup kerana kesan pendudukan Jepun dan kampong tersebut ditinggalkan oleh penduduk-penduduknya. Sekolah itu dibuka pada tahun 1940.


Pada Januari 1948 kerajaan telah membina sebuah lagi bangunan sekolah yang diperbuat daripada kayu, dua buah rumah guru untuk menggantikan bangunan lama yang telah lapuk dan hendak roboh.


Pada Ogos 1962 kerajaan membuat peruntukan membaiki bangunan menggantikan atap nipah kepada atap genting yang dilengkapi siling, longkang bersimen dan paip air.


Pada tahun 1971 bilangan murid seramai 157 orang dan guru seramai 9 orang. Mulai tahun 1989 bilangan bertambah secara landai sejumlah 210 dan mempunyai guru seramai 11 orang. Pada tahun 1992, bilangan murid bertambah sikit seramai 230 orang dan mempunyai bilangan guru seramai 11 orang. Pertambahan murid yang tidak begitu ketara ini disebabkan perkampungan yang tidak berkembang, ramai yang merancang keluarga, hanya penduduk mendatang dan kebanyakkannya merupakan kakitangan kerajaan.



Pada 30 Mac 1969, nama sekolah ini telah ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Pelek dan telah dirasmikan oleh Y.B Tuan Lee Siok Yew, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu.

No comments:

Post a Comment