Pages

Saturday, June 30, 2012

Sambutan Isra' Mikraj 2012


Sambutan Israk Mikraj peringkat sekolah telah diadakan pada 29 Jun 2012 ( Jumaat) yang lalu. Program telah dimulai dengan bacaan surah yassin beramai2. Bacaan yassin ini telah diketuai bacaannya oleh Ustaz A. Halim .







Seusai membaca surah yassin dan tahlil , majlis telah diteruskan dengan solat sunat dhuha beramai-ramai.




Seterusnya majlis diteruskan dengan ceramah Israk Mikraj. Ceramah jemputan kali ini adalah Ustaz Muhammad Afandie bin Yahya. Cermahnya sungguh menarik perhatian murid-murid . 



 antara guru yang menghadirkan diri



begitu tekun ....


antara hadiah yang disediakan untuk sesi kuiz 

tekun ...




Wednesday, June 27, 2012

Latihan Rumah Sukan

Sepanjang minggu ini dan minggu hadapan latihan rumah sukan akan diadakan bersempena sukan sekolah yang akan dijalankan pada 8 Julai 2012 nanti.

Murid tahap 1 akan menjalani latihan rumah sukan pada waktu pagi manakala murid tahap 2 pada waktu petang bermula pada pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang


Guru menunjukkan kaedah membuat lontaran lontar peluru

latihan lari berganti-ganti

penerangan


guru besar En Mohd Zahari bin Mohd Noor turun padang untuk sama-sama menyiapkan trek

latihan sukaneka tahap 1


Tuesday, June 26, 2012

Lawatan Sambil Belajar

Pada 26 Jun 2012 ( Selasa ) satu lawatan sambil belajar anjuran Pengawas Sekolah , Pengawas Pusat Sumber Sekolah serta ASNAF . Lawatan kali ini telah disertai oleh 100 orang murid dan diiringi oleh 10 orang guru.

Tempat-tempat lawatan :

Kilang Coklat Berl's

Sepanjang berada di kilang ini , murid-murid didedahkan dengan sejarah dan cara membuat coklat. Murid-murid dan guru juga berpeluang membeli barang-barang coklat hasil keluaran kilang dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran pada akhir kunjungan ke kilang ini.
Apa yang paling menyeronokakan lagi ialah semua ahli lawatan dibekalkan dengan sedikit ole-ole dari pihak kilang.







Muzium TUDM
















Makan Tengahari






Aquarium WetWorld Shah Alam








Solat Zuhur di Masjid Shah Alam






Kilang Roti High5













Di harap lawatan yang diadakan ini sedikit sebanyak dapat memberikan manafaat , pendedahan dan pengalaman yang berguna kepada murid-murid yang menyertainya.

Friday, June 22, 2012

Hari Menandatangi Rekod Prestasi 2012


Tarikh : 22 Jun 2012
Hari : Jumaat
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tgh
Murid terlibat : Tahun 3 hingga Tahun 6

Salah satu tujuan diadakan hari menendatangani rekord prestasi murid ini adalah untuk membincangkan perkembangan prestasi pembelajaran dan tingkah laku murid-murid di sekolah. Dengan adanya perjumpaan seperti ini kerjasama antara guru dan ibu bapa dapat ditingkatkan sehingga terhasilnya cara dan kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah pembelajaran dan tingka laku murid-murid.



perbincangan dengan guru kelas 6 cerdik

perbincangan ibu bapa bersama guru kelas 5 Cerdik

mengisi borang bertemu pelanggan

guru kelas 4 Pintar bersama seorang waris murid