Pages

Friday, August 27, 2010

Majlis Khatam Al- Quran dan Berbuka Puasa

Satu Majlis Khatam Al- Quran dan Berbuka Puasa anjuran pihak sekolah bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah diadakan dengan jayanya pada 26 Ogos 2010.

Sepanjang bulan Ramdhan murid-murid yang terpilah dikalangan murid yang lancar bacaan Al Qurannya telah beramai-ramai bertadarus Al-Quran pada waktu rehat.Memenuhi aktiviti Persatuan Agama Islam sepanjang bulan Ramadhan ini diketuai oleh Ustaz Mohd Faizal bin Husin.

Majlis yang bermula pada pukul 6 petang dimulakan dengan majlis khatam Al-Quran , diikuti dengan majlis berbuka puasa dan solat magrib dan isya' serta solat sunat tarawih.

Kebersamaan ibu bapa kali ini amat mengalakkan . Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan pogram ini.