Pages

Sunday, April 3, 2011

HARI KELUARGA SK SUNGAI PELEK 2011

Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Sungai Pelek bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah berjaya menganjurkan hari Keluarga SK Sungai Pelek setelah sekian lama program ini tidak diadakan.

Program ini telah dijalankan dengan jayanya pada 2 April 2011 yang lalu . Penyertaan guru-guru bersama keluarga serta JK PIBG bersama keluarga yang sangat menggalakn menjadikan program ini begitu  meriah dan berjaya . Ini ditambah pula dengan kerjasama dan kebersamaan semua dalam mejayakan semua aktiviti yang telah dirancang.


















Tahniah diucapkan kepada pihak pengajur kerana telah berjaya mencapai objektif utama program ini dirancang iaitu mendekatkan , menyatukan dan mempereratkan hubungan dikalangan warga SKSP.

Sunday, February 13, 2011

MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA / GURU DAN MURID-MURID TAHUN 6 DAN PENYERAHAN MENTO MENTEE

  
 MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA / GURU DAN MURID-MURID TAHUN 6

Pelaksana     :           JK  Program Kecemerlangan UPSR 2011

Program         :           Majlis Perjumpaan Ibu bapa / Guru dan Murid-murid Tahun 6

Tarikh             :           12 Februari 2011

Hari                 :           Sabtu

Masa              :           7.45 pagi – 11.30 pagi

Tempat           :           Dewan  SK. Sungai Pelek

Aktiviti            :    
1) Ucapan alua-aluan oleh En. Mohammad Noh bin Sujud, YDP PIBG


2) Ceramah Motivasi yang bertajuk “ Ibu Bapa Motivator Terbaik”                           
    oleh penceramah jemputan En. Mohd. Fadzli bin Abdul Manaf.

                               
3) Pembentangan Aktiviti Program Kecemerlangan UPSR 2011                                    
    oleh En. Mohd. Zahari bin Mohd. Noor,                                                                                
    Guru Besar SK.  Sg. Pelek.

4) Program Mento-mentee.

5) Bacaan ikrar “ Aku Janji”

Kumpulan sasaran  : Ibu bapa  dan  murid-murid  Tahun 6 serta semua guru SKSP


Objektif                       :
1.    Memberi penjelasan kepada ibu bapa/ penjaga murid tentang Perancangan Program  Kecemerlangan UPSR 2011.
2.    Mengeratkan silahturahim antara ibu bapa / penjaga murid-murid Tahun 6 dengan guru-guru SK. Sg. Pelek.
3.    Membincangkan perkara-perkara berkenaan kecemerlangan dan cara meningkatkan lagi prestasi murid berbandingan tahun 2010.
4.    Menjalankan upacara Ikrar Aku Janji di hadapan ibu bapa/ penjaga murid-murid Tahun 6.



















Wednesday, February 9, 2011

MOTIVASI PERSEDIAAN AWAL UPSR 2011

LAPORAN
 MOTIVASI PERSEDIAAN AWAL UPSR 2011

Pelaksana     :           JK  Program Kecemerlangan UPSR 2011

Program         :           Motivasi Persediaan Awal UPSR 2011

Tarikh             :           09 Februari 2011

Hari                 :           Rabu

Masa              :           7.30 pagi – 10.30 pagi

Tempat           :           Bilik  j-QAF SK. Sungai Pelek

Aktiviti                        :     
      1) Pergerakan “Chicken Dance”
         – aktiviti meransang minda murid -murid supaya bersedia untuk mendengar ceramah.


                                
     2) “Who Am I”
          – mengenali diri dan siapa saya. Pendedahan  mengenai masa depan murid-murid.
                              

      3) Sesi ceramah yang bertajuk “CINTA”                                                                             
          a) Cinta kepada Tuhan                                                                                             
          b) Cinta kepada Rasul                                                                                                             
          c) Cinta kepada ibu bapa        
          d) Cinta kepada guru                                                                                                        
          e) Cinta kepada Kecemerlangan     

Kumpulan sasaran  : Semua murid Tahun 6

Objektif                       :
a)    Meningkatkan motivasi murid dengan memberikan motivasi  dalam menentukan  matlamat yang perlu dicapai dalam peperiksaan UPSR.
b)    Membantu murid menguruskan masa dengan berkesan dan  membantu murid menggunakan teknik  belajar  yang berkesan untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR.
c)    Memberi motivasi kepada murid untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi sebagai pendedahan  awal .