Memulakan acara sambutan pada hari tersebut , guru-guru diiringi dengan paluan kompang dari bilik guru ke dataran perhimpunan oleh pasukan kompang sekolah.
Acara pertama dalah acara pentas. Seperti biasa bacaan perutusan , nyanyian dan ikrar dipersembahkan oleh guru-guru.
Acara diteruskan dengan acara pandang. Pelbagai gelagat guru dapat dilihat menzahirkan betapa guru-guru begitu gembira pada hari tersebut.



