Ciri-ciri Yang Perlu Ada Pada Seorang Guru Berkesan
Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana yang disenaraikan berikut:
- Bersikap profesional.
- Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
- Kaya ilmu.
- Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
- Bermoral teguh.
- Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
- Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
- Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
- Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
- Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
- Mempastikan situasi ‘Guru mengajar murid belajar’ wujud di dalam kelas.
- Berupaya melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
- Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
- Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
- Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
- Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
- Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah
No comments:
Post a Comment