Pages

Thursday, April 29, 2010

4 Agenda dalam 1

28 April : bertempat di bilik mesyuarat SKSP telah diadakan satu mesyuarat yang mempunyai 4 agenda yang berasingan .

Agenda pertama ada perbentangan tentang program baru kebangsaan iaitu TDKT. Apa itu TDKT??

Secara khususnya TD adalah akronim untuk TENAGA DIPERBAHARUI manakala KT pula merujuk kepada KECEKAPAN TENAGA. Program baru dan pastinya menuntut penglibatan secara langsung dari warga pendidik yang dijadikan saluran untuk meyampaikan maklumat kepada murid-murid. Untuk maklumat lanjut tentang program ini sila baca di sini.


Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Faizal bin Husin selaku Setiausaha Kokurikulu.


Agenda kedua adalah Mesyuarat Kokurikulum kali ke 2. Berpaksikan kepada penambahbaikan dan refleksi kepada perjalanan dan perlakasanan kokurikulum sepanjang 4 bulan pertama tahun 2010. Secara umumnya , perjalanan kokurikulum setakat bulan April ini adalah berjalan dengan cemerlangnya berbanding tahun lalu dengan adanya kerjasama dan komitmen dari semua guru.

Agenda ke 2 ini telah dilaksankan oleh En Mokhtar bin Ahmad selaku GPK Kokurikulum.


Agenda ke 3 adalah Mesyuarat HEM kali ke 2. Lebih kepada laporan yang berkaitan bahagian Hal Ehwal Murid. SBT telah berjalan semula bermula bulan April yang hanya melibatkan murid tahun 6 seramai 7 orang dan penyelesaian beberapa pekara yang melibatkan HEM. Ianya te;ah dipengerusikan oleh En Jaini bin Abd Rashid.




Agenda ke 4 adalah Mesyuarat Kelab Guru dan Kakitangan . Ahli telah sebulat suara mengekalkan AJK lama untuk meneruskan tanggungjawab menerajui KGK bagi membolehkan mereka meneruskan usaha dan komitmen yang cemerlang sebelum ini. Beberapa aktiviti telah dirancang untuk KGK bagi meningkatkan lagi kerjasama dan ukhwah antara ahli. Antara program yang telah dirancang ialah :

1) Mengadakan Lawatan dan Hari Keluarga
2) Pertukaran hadiah ketika sambutan hari guru
3) Dana KGK
4) Lawatan dari rumah ke rumah ketika hari raya Aidilfitri
5) Meneruskan aktivi sambutan Hari Ulang Tahun ahli
6) Jamuan Akhir Tahun

Tidak mustahil segala apa jua yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama , komitmen dan kebersamaan dari semua ahli .

Agenda ini telah dipengerusikan oleh Tn Hj Shahidun bin Miskam selaku Pengerusi KGK SK Sungai Pelek.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 5.05 petang .

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Setelah tamat mesyuarat yang diadakan 8 orang guru telah mengadakan lawatan atau menziarahi Pembantu Takbir sekolah iaitu Pn Siti Hanis Juriah bte Hashim yang telah mendapat bayi kembar. Tahniah diucapkan .

No comments:

Post a Comment