Pages

Friday, August 18, 2017

Program Dasar Warga Emas Negara ( DWEN )

Alhamdulilah , pada 18 Ogos 2017 ( Jumaat ) , pihak sekolah di bawah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling telah berjaya menganjurkan Program Dasar Warga Emas Negara ( DWEN).


Program Warga Emas Negara :



1.0   Pengenalan

Warga Emas merujuk kepada individu yang berumur sama atau melebihi 60 tahun dan ke atas seperti yang diterima pakai dalam Inited Nations World Tahun Assembly on Ageing di Vienna (PBB, 1982) dan dalam kalangan negara-negara ASEAN.



2.0   Matlamat

Program Pendidikan dan Kerohanian Dasar Warga Emas ini dilaksanakan bagi melaksanakan dasar Warga Emas Negara (DWEN). Disamping mendidik dan membudayakan nilai, sikap dan amalan saling menghormati, menghargai serta menyayangi sesama insan.


3.0   Objektif

3.1  Memberi kesedaran awal kepada warga sekolah terutamanya murid-murid terhadap  kepentingan menghargai dan menyayangi warga emas.

3.2        Memperaktikkan nilai dan amalam saling menghormati dan menyayangi sesama insan dalam kalangan murid dan guru-guru.

3.3        Meningkatkan kesedaran kepentingan warga tua terhadap masyarakat.




Program pada kali ini sangat istimewa kerana pada kali ini pihak sekolah telah berjaya menjemput
Tan Sri Datin Paduka Hajah Zaleha Ismail. Beliau pernah menjadi Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat pada 1995 hingga 1999.


Menjadi bertambah istimewa adalah , Tan Sri merupakan bekas pelajar di SK Sungai Pelek.

































Pengkisahan hidup dari Tan Sri.
Semoga menjadi semangat dan dijadikan contoh di kalangan murid-murid.



Antara warga emas wanita yang merupakan bekas pelajar SK Sungai Pelek yang hadir .



Antara warga emas lelaki yang merupakan bekas pelajar SK Sungai Pelek yang turut hadir.


Pelancaran Tabung Kuasa 10 sen . Ia adalah berdasarkan idea Tan Sri sendiri melalui ideanya dalam cerita kanak-kanak Upin & Ipin









Alhamdulilah ...
Penaung Pembinaan Surau Al Hidayah SK Sungai Pelek Tn Hj Arifin bin Marzuki
  telah mengumumkan akan menyalurkan sebanyak 50K sebagai dana pembinaan surau dari pihak dirinya dan keluarga beiau.

Semoga Allah akan sentiasa memberkati Tn Hj Arifin sekeluarga.




No comments:

Post a Comment