Pages

Monday, September 7, 2009


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR
Kepada Semua Murid
Tahun 6 SKSP

8 SEPT - 10 SEPT 2009

Kami Semua Mendoakan Kejayaan Kalian

Semoga Mendapat Kejayaan Yang Cemerlang


SELAMAT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN

31 OGOS 2009


Selamat menyambut ulangtahun HARI KEMERDEKAAN KE 52 kepada semua warga SK Sungai Pelek khasnya serta kepada seluruh warga Malaysia amnya.



22 Ogos 2009 - 1 Ramadhan 1430

Bulan Ramadhan adalah bulan paling istimewa antara 12 bulan dalam kalendar Islam. Keistimewaan bulan ini bukanlah kerana hikayat sejarah tertentu, tetapi kerana Ramadhan adalah pakej lengkap untuk membangunkan seluruh potensi manusia; fizikal, spiritual, intelek dan emosi dan modul teras di dalam Ramadhan adalah PUASA. Para ilmuan Islam meletakkan berpuluh-puluh nama dan gelaran untuk bulan yang mulia ini untuk menunjukkan betapa saratnya Bulan ini dengan keistimewaan daripada Allah SWT.

Salah satu sunnah yang sewajarnya kita hidupkan sebelum melangkah ke gerbang Ramadhan adalah dengan menyebarkan ucapan tahniah dan menzahirkan kegembiraan atas kunjungan bulan yang agung dan barakah ini. Ramadhan adalah tanda kasih sayang Allah kepada umat Muhammad yang tidak pernah dianugerahkan kepada mana-mana umat yang terdahulu. Antara ucapan yang biasanya diucapkan oleh para Salaf adalah ucapan “Ramadhan Kareem” yang bermaksud “Selamat menyambut Ramadhan yang mulia”.

Antara kelebihan yang terdapat pada bulan ini yang sewajarnya kita hayati dan meraihnya adalah seperti berikut:


1. Difardhukan Puasa dan ibadah-ibadah khusus yang lain;

Puasa adalah ibadah teras dalam bulan Ramadhan. Puasa bukan sekadar ujian fizikal semata-mata daripada menahan lapar dan dahaga, tetapi puasa juga adalah ibadah yang memantapkan spiritual dan kerohanian seorang hamba kepada Penciptanya. Bahkan puasa mengandungi pelbagai khasiat dari sudut perubatan yang telah diperakui oleh pakar-pakar sains kesihatan. Bahkan Allah merahsiakan betapa besarnya ganjaran orang yang berpuasa sebagaimana yang tersebut di dalam hadith:

“Setiap amalan anak Adam (manusia), diberikan ganjaran antara 10 hingga 700 kali ganda kecuali puasa. Sesungguhnya puasa adalah untukKU dan Akulah yang akan mengganjarinya” (riwayat Muslim).

Selain puasa, kita juga dianugerahi dengan amalan dan ibadah yang hanya dikhususkan dalam Ramadhan iaitu SOLAT SUNAT TARAWIH dan ZAKAT FITRAH.


2. Dibukakan pintu rahmat dan tertutup pintu-pintu kehinaan;

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila datangnya Ramadhan, dibukakan pintu-pintu Syurga, ditutup pintu-pintu Neraka dan dibelenggu Syaitan-syaitan” (riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada hadith ini bahkan daripada berpuluh hadith-hadith yang lain jelas menunjukkan betapa Ramadhan adalah bulan yang kondusif untuk melipatgandakan ibadah kepada Allah. Memang sekiranya diamati, kita dapat merasakan kelainan dalam melakukan ibadah dalam bulan yang istismewa ini.


3. Diturunkan Al Quran sebagai manual hidup manusia;

Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW adalah pada 17 Ramadhan. Firman Allah: “Pada bulan Ramadhan diturunkan Al Quran sebagai petunjuk, dan keterangan daripada petunjuk serta pemisah (antara benar dan salah)” (Surah al Baqarah: 2: 185).

Al Quran adalah rujukan kepada hamba Allah yang beriman. Kandungan Al Quran sentiasa mendahului zamannya dan meliputi segenap aspek kehidupan manusia. Malah, sebagaimana yang telah terbukti dalam banyak hal, kandungan Al Quran lebih saintifik dan rasional daripada teori-teori ciptaan manusia. Al Quran mengandungi hukum-hakam, sejarah umat terdahulu dan nilai-nilai hidup sebagai pedoman kepada manusia. Orang yang membaca dan memahami Al Quran sentiasa mendapat ketenangan dan inspirasi yang tidak putus-putus dalam hidupnya.


4. Laylatul Qadar (Malam Keutamaan/Kemuliaan) yang lebih baik dari seribu bulan

Firman Allah: “Laylatul Qadr adalah lebih baik daripada seribu bulan” (Surah al Qadr: 97: 3). Laylatul Qadr adalah salah satu malam dalam bulan Ramadhan. Tiada siapa yang mengetahui malam manakah berlakunya laylatul Qadr. Walaubagaimanapun Rasulullah SAW memberikan penekanan untuk memburu laylalatul Qadr pada sepuluh malam yang terakhir Ramadhan khususnya pada malam-malam angka ganjil. Hikmahnya, supaya manusia berlumba-lumba dan berusaha untuk mengerjakan ibadah untuk mendapat ganjaran seolah-olah beribadah selama seribu bulan ataupun 83 tahun lebih.

Akhirnya, marilah sama-sama kita merenung sebuah hadith Rasulullah SAW:

“Barang siapa yang dikurniakan Ramadhan sedangkan dosanya tetap tidak diampunkan, Sesungguhnya ia semakin jauh daripada rahmat Allah” (riwayat Ibn Hibban- Sahih)

Selamat Berpuasa dan Beribadah.
Ikhlas dari Warga SK Sungai Pelek.

MAJLIS RESTU DAN SOLAT HAJAT 2009

Pada 13 Ogos 2009 , pihak penyelaras tahun 6 telah mengadakan Majkis Restu dan Solat Hajat untuk murid-mirid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR yang akan tiba tidak lama lagi. Majlis dimulai dengan solat Magrib berjemaah kemudiannya diikuti dengan bacaan yassin dan solat hajat. Usai solat hajat , majlis disambung pula dengan solat Isyak berjamaah.

Kemudiannya , satu majlis ceramah pendik yang bertajuk tip-tip terakhir menduduki peperiksaan sebagai seorang islam telah disampaikan oleh Ustaz fadzli yang didatangkan khas bagi menyampaikan ceramah tersebut.

Semoga usaha yang dijalankan oleh pihak sekolah ini akan membuahkan kejayaan .

Sekitar gambar di majlis tersebut:

Ustaz faizal ... sebagai pengerusi majlis


Ustaz Fadzli ... Penceramah Jemputan

Antara Kaum Bapa

Antara Kaum Ibu & Murid perempuan


Khusyuk mendengar ceramah yg disampaikan

Friday, August 28, 2009

LADAP 3

Pada 1 Ogos 2009 iaitu pada hari Sabtu , program LADAP 3 telah diadakan bertempat di dewan SK Sungai Pelek. LADAP kali ini bertajuk Integriti Di Sekolah dan Pencerapan Rakan Sejawat yang disampaikan oleh Tuan Haji Norhasnan bin Sarbani , Kaunselor Pentadbir PPD Sepang. Slot pertama bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 1030 pagi.


Tuan Hjh Nurhasnan bin Sarabani
Kaunselor Pentadbir PPD Sepang





Barisan GPK



Khusyuknyee


Guru Pelatih


Slot kedua , adalah ucapan daripada Tuan Haji Abdul Rahman Bin Haji Ngit , Tuan Pegawai PPD Sepang. Banyak pengalaman beliau sepanjang menjadi seorang pendidik dikongsi bersama warga SK Sungai Pelek.
Slot ketiga adalah bertajuk Pencerapan Rakan Sejawat .

Kurus ini tamat pada pukul 3.00 petang.

Terima Kasih dan tanda kenang-kenangan