Pages

Sunday, April 18, 2010

Kem Bistari Solat 2 ( Tahap 1 )

Pada 17 April 2010 iaitu pada hari Sabtu yang lalu telah diadakan program Kem Bistari Solat Kali ke 2 bagi murid-murid tahap 1. Program ini telah diadakan pada pukul 7.30 pagi hingga 300 petang .

Sayugia yang telah diketahui umum progarm Kem Bestari Solat diadakan bagi tujuan penambahbaikan dan pengukuhan yang berterusan agar murid-murid dapat menunaikan solat dengan cara dan kaedah yang sebaik mungkin.


Selain daripada program Kem Bestari Solat , Kelas Insentif untuk murid tahun 6 yang diadakan pada setiap hari Sabtu turut berjalan seperti biasa.

Saturday, April 17, 2010

Aktiviti Kokurikulum ..

Aktiviti KoKurikulum yang diadakan pada setiap hari Rabu dari pukul 3.30 petang hingga 5.30 petang berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang oleh pihak Penolong Kanan Kokurikulum . Tahniah dan syabas kepada semua guru yang tanpa mengira masa , masa dan tenaga bagi memastikan perjalanan kokurukulum ini dapat dijalankan sepertimana yang telah dirancang .

Pada setiap kali perjumpaan mingguan aktiviti terbahagi kepada 2 :

3.30 - 4.30 = Aktiviti Unit Beruniform @ Aktiviti Kelab dan Persatuan


4.30 - 5.30 = Aktiviti Permainan



Mesyuarat Kurikulum Kali ke dua

Pada 13 April 2010 ( Selasa ) telah diadakan mesyuarat kurikulum kali ke2 . Mesyuarat ini telah bermula pada pukul 2.30 petang dan tamat pada pukul 435 petang .



Rasanya ini kali pertama blog ini mempamerkan bilik mesyuarat baru SKSP.

Bilik Mesyuarat Yang lama

Bilik Mesyuarat Baru..

Saturday, February 6, 2010

MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA DAN GURU TAHUN 6

Pada 6 Februari 2010 , satu majlis perjumpaan ibu bapa dan guru tahun 6 telah diadakan. Antara lain tujuan program ini diadakan adalah untuk :

¨Meningkatkan peratus kelulusan UPSR supaya lebih tinggi berbanding 2009.

¨Meningkatkan kualiti pencapaian UPSR disamping meningkatkan kuantiti dari 2 orang kepada 6 orang yang mendapat 5A.

¨Meningkatkan peratus pencapaian bagi semua matapelajaran UPSR.

Selain berbincang mengenai program kecemerlangan murid-murid , murid-murid juga dikehendaki berikrar di hadapan ibu bapa mereka untuk mencapai kecemerlangan seperti yang mereka inginkan.


Antara guru yang terlibat dalam program

Antara yang hadir..

Ucapan Guru Besar yang sungguh bertenaga..

Yang Dipertua PIBG..

Sesi Soal Jawab antara Ibu Bapa dan Guru


Akujanji murid-murid SKSP di hadapan ibu dan bapa

Gambar kenangan ibu bapa bersama GB dan YDP PIBG

Murid-murid tahun 6

Mak cik Zainab menjahit tabir,
Kain sutera sulaman tangan,
JAngan mengharap suratan takdir,
Rajin dan usaha tangga kejayaan.

Pasang kajang perahu kolek,
Kolek berselut ke Kuala Kurau,
Kalau memang benih yang baik ,
Jatuh ke laut menjadi pulau...

Semoga kerjasama dan pengemblingan tenaga antara ibu bapa dan guru-guru akan menghasilkan kejayaan yang diingini.

Thursday, February 4, 2010

PROGRAM MAJU DIRI

PMD ( Program Maju Diri ) satu program wajib dijalankan oleh sekolah di Selangor telah dijalankan selama 2 hari iaitu pada 3 & 4 Februari . Program yang mensasarkan murid tahap dua ini dijalankan dengan beberapa tujuan iaitu :

1) Menambah minat , motivasi dan semanat belajar di kalangan murid.
2) Menambahkan keyakinan diri di kalangan murid.
3) Meningkatkan kemahiran berkomunikasi di kalangan murid.
4) Menanam nilai hormat menghormati terhadap semua golongan.
5) Mengenalpasti cita-cita untuk menjadi perangsang masa depan.
6) Mencetuskan kreativiti di kalangan murid.

Program hari pertama :

Program dimulakan dengan majlis pelancaran yang telah disempurnakan oleh Guru Besar SKSP. Aktiviti hari ini lebih tertumpu pada aktiviti dalam bilik darjah. Guru-guru menyampaikan pengisian mengikut tajuk dari modul yang telah disediakan



Program hari kedua :

Pada hari kedua , aktiviti lebih tertumpu pada aktiviti luar. Apa yang pasti dalam setiap permainan atau aktiviti yang dijalankan terdapat banyak pengajaran dan pencabahan minda yang mereka perolehi.