Pages

Monday, January 11, 2010

Sekitar Taklimat Tahun 1 & Mesyuarat Pengurusan Pertama

Bertarikh 30 Disember 2009 telah diadakan taklimat untuk murid-murid tahun 1 . Selain mendengar taklimat tentang perjalanan sesi persekolahan anak-anak , ibu bapa juga diberi penerangan berkaitan program-program yang diadakan untuk murid tahun 1. Murid tahun 1 juga telah menerima buku teks pada hari tersebut.

Seramai 33 orang murid telah mendaftarkan diri pada tahun ini . Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa dan penjaga yang telah memilih sekolah ini untuk dijadikan gerbang menuntut ilmu buat anak-anak mereka.









Usai majlis taklimat untuk murid tahun 1 , telah berjalan pula mesyuarat Pengurusan Sekolah untuk kali pertama sesi 2010. Menerima tugasan 2010 . Selamat bertugas dengan jayanya.


Selamat datang diucapkan kepada Puan Nor Afidah bte Adnan yang telah ditugaskan untuk mengajar di SKSP . Sebelum ini beliau telah bertugas di Sarawak.

No comments:

Post a Comment