Pages

Tuesday, August 4, 2009

SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ

Pada 17 Julai yang lalu Panitia Agama Islam telah menganjurkan majlis Israk Mikraj. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai bacaannya oleh Ustaz Saidon bin Miskam. Seterusnya kami didengarkan dengan sebuah nasyid yang disampaikan oleh murid-murid tahun 3 Cerdik.

Ceramah Israk Mikraj telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Faizal bin Husin . Ceramah yang berkisarkan Mikraj itu banyak mendedahkan murid tentang peristiwa-peristiwa israq mikraj. Selain daripada itu , antara lain tujuan sambutan ini diadakan adalah bagi tujuan menanamkan rasa kecintaan pelajar terhadap Sunnah dan Sirah Rasulullah . Selain daripada itu sambutan ini diharap dapat menghidupakan bulan memperingati memperingarti peristiwa Isra’ dan Mikraj Rasulullah SAW di samping dapat mengeratkan silaturrahmi dari kalangan warga SK Sungai Pelek.

Selepas majlis ceramah selesai , majlis diteruskan dengan acara kuiz yang berkisarkan dengan cermah yang telah disampaikan . Sebagai penutup majlis murid-murid telah diedarkan dengan sekotak kismis.

Sunday, August 2, 2009

LADAP 2

Sungai Pelek , Sepang 11 Julai 2009 - LADAP kali ke 2 telah dijalankan. Disebabkan sekolah kami tidak lagi dilengkapi dengan makmal komputer maka kami telah mengadakan LADAP tersebut di sekolah jiran kami yang berhampiran iaitu di makmal komputer SK Taman Pantai Sepang Putera. Tajuk kursus yang diadakan kali ini adalah Eduweb TV.

Kami didedahkan dengan cara penggunaan Eduweb TV dan cara mengapalikasikannya di dalam bilik darjah. Bagi yang tidak begitu biasa melayari intenet nampaknya agak teruja mencubanya.

Satu berita gembira buat sekolah , baru-baru ini pihak kementerian telah bersetuju untuk membekalkan 40 biji komputer kepada sekolah . Alhamdulilah ....









Kursus telah berakhir pada pukul 530 petang . Semoga apa jua yang diperolehi sepanjang LADAP ini akan dapat diaplikasikan sepenuhnya kepada murid-murid dalam sesi PnP.

Wednesday, July 1, 2009

TAHNIAH & SELAMAT DATANG

Tahniah diucapkan kepada Teacher Krishna kerana telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran KDP 14 minggu . Semoga tabah menjalani hari-hari permulaan sebagai "pelajar tua " . Kepada guru-guru yang memohon tetapi permohonannya belum lagi berjaya disaring ... harap jangan berputus asa . Cuba lagi di lain keluaran tawaran . Isya Allah kalau dah rezeki dari Allah tak akan hilang ke mana.

Ucapan selamat datang juga kepada 6 orang guru praktikum yang akan menjalankan praktikumnya selama 3 bulan di SK Sungai Pelek . Percayalah kalian tidak akan rasa menyesal kerana memilih sekolah kami ini sebagai destinasi untuk mendapatkan sedikit ilmu dan pengalaman mengajar kerana persekitaran , kemudahan dan kerjasama dari kami semua tidak pernah mengecewakan guru-guru yang menjalani praktikum sebelum ini.

Ucapan selamat datang juga ditujukan kepada seorang guru kontrak yang telah ditugaskan untuk menyumbangkan ilmu dan tenaganya di sekolah ini.

Salam kejayaan buat semua ...

Sunday, June 28, 2009

KEM MOTIVASI & TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR


Gambar Kenang-kenagan setelah tamat Kem

Pada 19 hingga 21 Jun yang lalu , pihak sekolah telah menganjurkan Kem Motivasi Dan Teknik Menjawab Soalan UPSR 2009 . Kem ini telah diadakan di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA. Seramai 47 orang peserta terdiri daripada murid-murid tahun 6 dan sebilangan kecil murid tahun 5 telah menyertai kem yang diadakan.

Selain menekankan aspek kecemerlangan dalam akademik terutamanya kepada murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi , aspek kerohanian dan kesedaran diri banyak didedahkan dalam kem yang diadakan ini .


SEKITAR HARI PERTAMA ( SESI ICE BREAKING )





mencuba kebolehan diri

Penghulu sepanjang Kem



Gembiranyaaa...

SEKITAR SESI TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS





SESI-SESI LAIN









Walaupun program yang dianjurkan ini memakan belanja agak tinggi , rasa ianya berbaloi dengan pengalaman , pendedahan dan kesedaran yang murid-murid perolehi sepanjang kem ini diadakan. Apa yang diharapkan ialah , melalui program yang diadakan ini akan memulangkan hasil yang baik di kemudian hari terutama fokusnya kepada murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September nanti.

Ucapan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa , Jawatankuasa PIBG , guru-guru dan kepada semua yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program yang diadakan ini. Semoga keikhlasan dan pengorbanan kita semua akan membuahkan hasil yang masak ranum dan segar di kemudian hari ... Insya Allah.

Wednesday, June 3, 2009

CIRI-CIRI GURU CEMERLANG

Ciri-ciri Yang Perlu Ada Pada Seorang Guru Berkesan

Bagaimana dan apakah  ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana yang disenaraikan berikut:

  1. Bersikap profesional.
  2. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
  3. Kaya ilmu.
  4. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
  5. Bermoral teguh.
  6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
  7. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
  8. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
  9. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
  10. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
  11. Mempastikan situasi Guru mengajar murid belajar’ wujud di dalam kelas.
  12. Berupaya melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
  13. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
  14. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
  15. Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
  16. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
  17. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah