Pages

Saturday, October 17, 2009

LADAP 5

Pada 2 Oktober yang lalu . satu lagi LADAP telah diadakan oleh pihak sekolah . Bertajukkan Pengurusan Stress ianya telah diadakan di bilik Makmal Sains SKSP . Penceramah kali ini adalah Puan Suhaila bte Hamli yang merupakan guru disiplin sekolah SKSP. Melalui Pengurusan Stress ini guru-guru dapat menilai dan mengetahui tahap stress yang di hadapi oleh mereka. Rata-rata kalangan guru tidak mengalami masalah stress yang kritikal. Semuanya berada di tahap yang normal.

Melalui ceramah ini juga , guru-guru dapat mengunakan ilmu yang diberikan bagi menangani stress yang mungkin dihadapi.

SEKITAR GAMBAR PADA HARI PENGURUSAN STRESS



Jawab ... jangan tak jawab sokalan2 tuh...


Huisy ... niru ker ???


Salam satu Malaysia ...

Tu dia cikgu IT ... jawab sokalan stress pun secara online ...


Macam susah je sokalannya .... fikir jangan tak fikir..




Puan Suhaila bte Hamli ... Guru Disiplin merangkap Penceramah Pengurusan Stress.

Thursday, October 8, 2009

LADAP 4

Pengurusan Pusat Sumber merupakan tajuk LADAP kali ke 4. Ianya telah diadakan pada 2 hb Oktober 2009 bertempat di Pusat Sumber Sekolah. Tidak banyak aktiviti yang dapat dijalankan selain daripada taklimat dari Guru Pusat Sumber berkaitan dengan pengurusan Pusat Sumber dan pemporesan buku.

Banyak jugaklah stok buku yang dapat kami proses untuk kegunaan murid-murid.

Gambar sekitar pemprosesan buku .






Pada

Sunday, October 4, 2009

SAMBUTAN KANAK-KANAK & HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Hari Raya Kanak-Kanak dan Hari Raya peringkat sekolah telah diadakan pada 2 Oktober yang lalu. Dwi sambutan ini menambahkan lagi kemeriahan suasana hari raya yang masih terasa di semua hati warga SKSP. Dan tidak hairanlah perisian program pada hari ini lebih tertumpu kepada sambutan hari raya.

Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan majlis yang diadakan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan kata-kata aluan daripada Guru Besar SKSP .

Bagi memeriahkan sambutan hari raya ini , murid-murid dikehendaki mengadakan beberapa persembahan . Antaranya nyanyian beramai-ramai , pakain beragam dari murid prasekolah dan juga skesta.

Walaupun sambutan kali ini dibuat secara kecil-kecilan namun kemeriahan tetap terasa di kalangan murid-murid dan juga warga SKSP yang lain.

Thursday, October 1, 2009

SALAM AIDILFITRI DAN SELAMAT KEBALI BERTUGAS

Salam Aidilfitri diucapkan kepada semua pengunjung blog ini.

Semoga Ramadhan dan Syawal tahun ini adalah lebih baik dan lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya.

Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga SKSP.

Wednesday, September 30, 2009

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Pada 17 September 2009 yang telah lalu , satu majlis Khatam Al-Quran telah diadakan oleh Panitia Pendidikan Islam SKSP sebagai meneruskan tradisi dan amalan di sepanjang bulan Ramadhan di tahun-tahun yang lalu.

Disebabkan tempoh persekolahan di bulan Ramadhan tahun ini agak singkat , maka tadarus pada tahun ini diadakan mengikut kelas ketika waktu Pendidkan Islam. Murid yang terlibat adalah di kalangan murid-murid Tahun 4 , 5 dan 6. Bacaan tardarus Al-Quran kali ini diketuai oleh Tn Hjh Shaidon bin Miskam.

Berikut adalah di antara situasi ketika aktiviti tadarus Al-Quran sedang dijalankan di bilik J-Qaf.




Majlis pada hari tersebut dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Tn Hjh Shahidon dan kemudainnya majlis Khatam Al-Quran diteruskan dengan bacaan ayat-ayat lazim dan kemudiannya bacaan tahlil.

Banner Majlis Tadarus ( guna yg taun2 lepas ... )
En Omar selaku pengerusi majlis ( la nie jawatan tetap & berpencen baginya )

Antara peserta Khatam Al-Quran


Usai sudah bacaan ayat-ayat lazim dan tahlil yang diketuai oleh Tn Hjh Shahidon majlis diteruskan dengan pemberian cenderamata dan bunga telur kepada peserta-pesera yang telah mengambil bahagian.

Meneruskan tradisi jua , majlis diteruskan dengan pemberian duit raya kepada anak-anak yatim. Diharap dengan pemberian sedikit sumbangan ini dapat meringankan perbelanjaan isi keluara mereka bagi menyambut hari lebaran kali ini.

Bagi memeriahkan lagi majlis , murid-murid telah dihidangkan dengan beberapa rangkaian lagu raya .



Meriah gitu ....

Selain sumbangan duit raya kepada semua anak yatim .. murid-murid yang lain juga tidak dilupakan. Semua murid telah diberikan duit raya. Walaupun tidak banyak mana jumlah yang diberi namun kegembiraan dan kecerian terbayang jelas di mata mereka. Budaya bersalam-salaman dan bermaafan sebelum menyambut hari raya mereupakan acara terakhir pada hari tersebut.


terpancar kegembiraan dan kebahagian .. seronoknya menjadi seorang "budak"



dalam kebahagian dan keceriaan
terdapat juga....


yang dalam kesedihan ... kepiluan

semoga keharmonian akan bepanjangan ...


cegu-cegu pun ceria kerana akan bercuti panjang.

Dalam setiap pertemua pasti akan ada perpisahan . Dalam kegembiraan menanti ketibaan Syawal , hari ini juga mungkin kegembiraan berganda bagi mereka berenam di bawah ini kerana hari ini merupakan hari terakhir mereka menjalani praktikal di SKSP. Salam kejayaan buat mereka dari warga SKSP. Semoga setiap ilmu dan pengalaman yang sempat mereka kutip di sini akan dapat mereka gunakan dan aplikasikan dalam kerjaya mereka sebagai seorang guru ketika menjadi guru yang sebenar.