Pages

Monday, January 11, 2010

Sekitar Taklimat Tahun 1 & Mesyuarat Pengurusan Pertama

Bertarikh 30 Disember 2009 telah diadakan taklimat untuk murid-murid tahun 1 . Selain mendengar taklimat tentang perjalanan sesi persekolahan anak-anak , ibu bapa juga diberi penerangan berkaitan program-program yang diadakan untuk murid tahun 1. Murid tahun 1 juga telah menerima buku teks pada hari tersebut.

Seramai 33 orang murid telah mendaftarkan diri pada tahun ini . Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa dan penjaga yang telah memilih sekolah ini untuk dijadikan gerbang menuntut ilmu buat anak-anak mereka.









Usai majlis taklimat untuk murid tahun 1 , telah berjalan pula mesyuarat Pengurusan Sekolah untuk kali pertama sesi 2010. Menerima tugasan 2010 . Selamat bertugas dengan jayanya.


Selamat datang diucapkan kepada Puan Nor Afidah bte Adnan yang telah ditugaskan untuk mengajar di SKSP . Sebelum ini beliau telah bertugas di Sarawak.

Salam Tahun 2010 dan Selamat Kembali ke Sekolah



Agak keterlewatan untuk mengucapkan Selamat Tahun 2010 yang telah hampir dua minggu mempamerkan wajahnya . Namun doa dan harapan semoga tahun 2010 yang mendatang ini akan lebih baik dari tahun-tahun yang telah dilalui.

Selamat kembali ke sekolah jua diucapkan kepada semua murid dan warga pendidik di seluruh Malaysia terutamanya kepada guru-guru SKSP dan juga pengunjung blog ini. Selamat menjalankan tugas dengan penuh kegigihan , keikhlasan dan diiringi istiqamah yang berpanjangan.

Friday, November 27, 2009

Salam Aidil Adha ...

Salam Aidil Adaha buat semua Warga SKSP dan pengunjung blog SKSP.

Semoga semua pengorbanan kita perolehi rahmat Ilahi ..



Thursday, November 19, 2009

JAMUAN AKHIR TAHUN 2009

Nilai Spring Golf & Resort telah dijadika lokasi untuk Kelab Guru dan Kakitangan sekolah mengadakan jamuan akhir tahun 2009. Jamuan tersebut telah diadakan pada 14 November 2009 bermula pukul 8.00 malam.

Rata-rata berpuas hati dengan hidangan , tempat dan lokasi jamuan kali ini . Walau agak jauh perjalanannya tapi sekali sekali menikmati udara luar apalah salahnya .