Pages

Saturday, April 17, 2010

Mesyuarat Kurikulum Kali ke dua

Pada 13 April 2010 ( Selasa ) telah diadakan mesyuarat kurikulum kali ke2 . Mesyuarat ini telah bermula pada pukul 2.30 petang dan tamat pada pukul 435 petang .



Rasanya ini kali pertama blog ini mempamerkan bilik mesyuarat baru SKSP.

Bilik Mesyuarat Yang lama

Bilik Mesyuarat Baru..

Saturday, February 6, 2010

MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA DAN GURU TAHUN 6

Pada 6 Februari 2010 , satu majlis perjumpaan ibu bapa dan guru tahun 6 telah diadakan. Antara lain tujuan program ini diadakan adalah untuk :

¨Meningkatkan peratus kelulusan UPSR supaya lebih tinggi berbanding 2009.

¨Meningkatkan kualiti pencapaian UPSR disamping meningkatkan kuantiti dari 2 orang kepada 6 orang yang mendapat 5A.

¨Meningkatkan peratus pencapaian bagi semua matapelajaran UPSR.

Selain berbincang mengenai program kecemerlangan murid-murid , murid-murid juga dikehendaki berikrar di hadapan ibu bapa mereka untuk mencapai kecemerlangan seperti yang mereka inginkan.


Antara guru yang terlibat dalam program

Antara yang hadir..

Ucapan Guru Besar yang sungguh bertenaga..

Yang Dipertua PIBG..

Sesi Soal Jawab antara Ibu Bapa dan Guru


Akujanji murid-murid SKSP di hadapan ibu dan bapa

Gambar kenangan ibu bapa bersama GB dan YDP PIBG

Murid-murid tahun 6

Mak cik Zainab menjahit tabir,
Kain sutera sulaman tangan,
JAngan mengharap suratan takdir,
Rajin dan usaha tangga kejayaan.

Pasang kajang perahu kolek,
Kolek berselut ke Kuala Kurau,
Kalau memang benih yang baik ,
Jatuh ke laut menjadi pulau...

Semoga kerjasama dan pengemblingan tenaga antara ibu bapa dan guru-guru akan menghasilkan kejayaan yang diingini.

Thursday, February 4, 2010

PROGRAM MAJU DIRI

PMD ( Program Maju Diri ) satu program wajib dijalankan oleh sekolah di Selangor telah dijalankan selama 2 hari iaitu pada 3 & 4 Februari . Program yang mensasarkan murid tahap dua ini dijalankan dengan beberapa tujuan iaitu :

1) Menambah minat , motivasi dan semanat belajar di kalangan murid.
2) Menambahkan keyakinan diri di kalangan murid.
3) Meningkatkan kemahiran berkomunikasi di kalangan murid.
4) Menanam nilai hormat menghormati terhadap semua golongan.
5) Mengenalpasti cita-cita untuk menjadi perangsang masa depan.
6) Mencetuskan kreativiti di kalangan murid.

Program hari pertama :

Program dimulakan dengan majlis pelancaran yang telah disempurnakan oleh Guru Besar SKSP. Aktiviti hari ini lebih tertumpu pada aktiviti dalam bilik darjah. Guru-guru menyampaikan pengisian mengikut tajuk dari modul yang telah disediakan



Program hari kedua :

Pada hari kedua , aktiviti lebih tertumpu pada aktiviti luar. Apa yang pasti dalam setiap permainan atau aktiviti yang dijalankan terdapat banyak pengajaran dan pencabahan minda yang mereka perolehi.


Saturday, January 30, 2010

AKTIVITI MINGGU KE 4 PERSEKOLAHAN

27 - 29 Januari ( Rabu - Jumaat ) : Gerak Gempur UPSR 1

27 Januari ( Rabu ) : Latihan Merentas Desa

29 Januari ( Jumaat ) :" Tazli " - Tazkirah lima minit anjuran Panitia Agama Islam telah dimulakan pada minggu ini. Perhimpunan selama 10 minit bermula 7.20 pagi dipenuhi dengan aktiviti keagamaan iaitu Tazkirah ringkas selama lima minit , bacaaan asma ulhusna dan selawat ke atas Nabi.

Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada yang merayakannya.

Sunday, January 24, 2010

PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWSA PSS 2010

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program Pemantapan Sahsiah Kepimpinan Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS 2010.

Program yang telah diadakan pada 24 Januari 2010 ( Ahad ) dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 petang ini telah berlangsung dengan jayanya. Semoga dengan adanya program ini , semua pengawas sekolah dan pengawas PSS dapat memanafaatkan segala ilmu yang diperolehi bagi menjalankan tugas sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah bagi membantu perjalanan dan displin sekolah di samping dapat membentuk sahsiah dan peribadi seorang pemimpin yang berkarisma dan penuh tanggugjawab.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada fasilator yang telah memberikan input yang sangat bermanafat dan berguna. Ucapan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Tuan Hj Sahidon bin Miskam yang telah mengendalikan slot tatacara Perhimpunan Mingguan dan juga kepada Ustaz Mohd Faizal bin Husin dan rakan-rakan yang telah mengendalikan hampir separuh dari program ini.

Ucapan terima kasih jua diucapkan kepada Puan Hjh Asriah bte Maidin dan En Jaini bin Abd Rashid kerana telah bersama-sama menjayakan program ini dari awal hingga tamat.

Aktiviti PSS

Aktiviti Pengawas Sekolah
( tatacara perhimpunan mingguan )


Aktiviti bersama..