Pages

Monday, May 25, 2009

MUSIM DI KEBANYAKAN SEKOLAH


Kebanyakan sekolah di seluruh negara pada ketika ini sedang mengalami musim dan demam yang sama , iaitu musim peperiksaan . Tak kiralah sama ada sekolah menengah mahupun sekolah rendah , rata-rata murid-muridnya sedang berpeluh-peluh mencuba yang terbaik untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang sedang diduduki. Namun begitu ada jugak murid-murid yang mengambil sikap tidak peduli seolah-olah peperiksaan ini tidak membawa apa-apa erti dalam  kamus hidupnya.

Murid-murid SKSP akan menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun bermula 25 Mei 2009 hingga 28 Mei 2009. Diharap semua murid akan bersedia untuk menduduki peperiksaan ini dan semoga memperoleh keputusan yang cemerlang seiring dengan usaha yang mereka lakukan.

Buat semua guru ... selamat bertungkus lumus menanda kertas soalan kerana pastinya semuanya ingin bercuti dengan tenang tanpa dibebani tugasan yang tidak disiapkan.


jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009


No comments:

Post a Comment