Pages

Saturday, May 30, 2009

SELAMAT BERCUTI


Masa yang dinanti-nantikan oleh kebanyakan murid-murid telah tiba . Cuti Persekolahan Pertengahan Tahun telah kembali . Cuti yang bermula hari ini dan akan tamat pada 14 Jun pasti akan dipenuhi dengan segala aktiviti dan perancang . Guru-guru jugak pasti ada yang telah merancang pelbagai aktiviti untuk mengisi masa sepanjang cuti ini. 

Namun dalam keghairahan bercuti ada juga guru-guru yang terpaksa mengorbankan masa untuk mengadakan kelas tambahan bagi murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada awal bulan September nanti.. nak buat camne kan ... sesungguhnya seorang guru memang sanggup mengorbankan cuti mereka untuk murid-muridnya namun  sanggupkan pula murid-murid mengorbankan masa mereka untuk menghadirkan diri ke kelas yang diadakan . Kita tunggu dan lihat sahaja nanti jumlah kehadiran murid-murid SKSP sepanjang musim cuti persekolahan ini.


Kepada guru-guru yang memulakan sesi semester baru pengajian dia OUM .. selamat kembali menjadi pelajar tua ... Semoga segala usaha kita akan memulangkan hasil yang membanggakan .

Buat semua guru ... selamat bercuti sakan. cuti-cuti jugak tapi jangan lupa siapkan menanda kertas soalan peperiksaan pertengahan tahun yang baru berlalu. Semoga percutian kali ini percutian yang membawa makna dan kebahagian buat semua.



1 comment:

  1. salam..... dah cantik blog..


    nak lawan tokey dah ni........

    masukkan ruang chat sama

    ReplyDelete