Pages

Tuesday, May 19, 2009

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2009

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah yang telah diadakan  pada hari ini ( 18 Mei 2009 ) telah di sambut dalam keadaan  yang ringkas tetapi amat meriah. Acara yang dijalankan telah dibahagikan kepada tiga sekmen iaitu acara perasmian dan ucapan perutusan , acara padang dan juga acara dewan.

SEKITAR PERHIMPUNAN PAGI 

Nielah warga guru SKSP
Pembaca Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran malaysia
Pembaca Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia


Inilah barisan warga guru lelaki
(  paling kanan : NYDP PIBG ) 

GURU-GURU DAN HADIAH DRP MURID




ACARA PADANG

Mengikut perancangan awal acara ini diadakan di padang sekolah , namun disebabkan sepanjang malam tersebut hujan turun dgn lebatnya dan mengakibatkan padang becak maka aktiviti tersebut telah diadakan di perkaranagn tapak perhimpuanan sekolah . apa yang boleh dikatakan di sini , acara ini amat menghiburkan dan meningkatan semangat daya saing dan kekretifan " tipu muslihat " di kalangan guru . Lihatlah gambar-gambar di bawah ini , yang mengambarkan betapa gembiranya kami ketika menjalankan aktiviti ini.


sungguh ceria ... Pn guru besar tak sabar nak memulakan acara


Seronoknya dia ...

baling ..  jgn tak baling


Kumpulan Wish
Kumpulan Livina
Kumpulan Exora

Kumpulan mana yang menang atau kalah tidak penting sebenarnya, yang terpenting adalah kegembiraan , kerjasama dan kecerian yang di satukan ketika aktiviti dijalankan.

ACARA DEWAN

Acara dewan adalah acara yang paling meriah pada sambutan hari guru kali ni. Memasing mengeluarkan bakat yang terpendam selama ini. Tak kiralah di kalangan murid-murid mahupun guru. Guru-guru yang mula-mulanya malu kucing untuk menyumbangkan suara yang tersedia sumbang tapi bila sudah berada di atas pentas dan dapat mikrofon perasaan malu-malu kucing tu hilang entah ke mana. Apa-apa pun sambutan hari guru pada tahun ini walaupun disambut dalam keadaan yang sederhana namun kemeriahanya amat terasa.



GPK yang cukup sporting ....

Dah dapat mikrofon .... tak ingat lain
Meriah ... mcm hari raya
Persembahan dari pelajar yang paling cilik

Sajak Hari Guru

Ratu dangdut ...

Bakat terpendam ... Duet sajak dari ustaz dan ustazah
Penyampaian yang penuh penghayatan dan perasaan

Si Kecik dan Si Besar ....

Koir Tahun 2
Kain Cinta Putih .....
Koir Kelab Muzik


Persembahan dari Guru Perempuan SKSP
Persembahan dari Guru Lelaki SKSP
Sungguh bersemangat ..

meriah ...
Iskkhhhh .... Seriusnya Pengacara Majlis neh ...

Cenderamata sebagai tanda terima kasih kepada
 Puan Guru Besar

PENGHARGAAN

Murid dalam gambar di atas telah menerima sedikit saguhati daripada unit kaunseling sekolah kerana beliau telah memulangkan sejumlah wang yang agak banyak iaitu sebanyak RM450 yang telah dijumpainya di kawasan sekolah kepada seorang cikgu . Atas sikap kejujuran tersebut guru yang kehilangan duit tersebut yang merupakan guru kaunseling di sekolah ini telah memberikan sumbagan pribadainya sebagai tanda terima kasihnya . Dengan sumbangan yang diberikan ini diharap menjadi tauladan dan ikutan oleh murid-murid lain supaya sentiasa bersikap jujur .

No comments:

Post a Comment