Pages

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU




Selamat hari guru diucapkan kepada semua warga guru di mana jua berada terutamanya kepada guru-guru SK Sungai Pelek .

Lagu Hari Guru 2009


GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar bakti kucurah

Demimu ibu pertiwi
Sumpah kulafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulnizam bin Khalid
Penulis lirik    : Ili Nurbahirah binti Baharudin
Gubahan        : Mazuki bin Tambi dan Nazri bin Ishak


Lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji

_______________

Selamat Hari Guru .. 

Moga Keikhlasan Dalam Menabur Bakti 

Mendidik Anak Bangsa Terus Berkekalan. 

Sesungguhnya Kalian Penyinar Sebuah Kehidupan ..

______________________




No comments:

Post a Comment